Kuih Bahulu Puan Sairah – Kg. Mempagar, Sabah

Berita baik bagi peminat sejati Bahulu di seantero Malaysia! Kami telah berjaya menemui kek span yang gebu-gebas di Kg. Mempagar, Sabah. Apa yang membezakan gerai ini berbanding gerai yang lain adalah gerai ini beroperasi di perkarangan rumah pemiliknya. Ayuh kita kenali kedai yang diberi nama Kedai Intan ini!

Kedai ini diuruskan oleh Puan Sairah Bin Majiz. Beliau berusia 69 tahun menjelang tahun ini. Beliau adalah seorang yang amat rendah diri. Menurut Puan Sairah, beliau telah mengusahakan kedai ini selama lebih 10 tahun di Kampung Mempagar. Pada waktu sebelumnya, beliau pernah berniaga di Pasar Pekan Beaufort menjual variasi kuih-muih basah seperti Cakoi, Kuih Pisang, dan Karipap. Pada masa yang sama, beliau turut menyediakan khidmat katering yang masih lagi aktif beroperasi sehingga hari ini.

Jika anda merupakan warga tempatan Sabah, anda pasti tidak asing lagi dengan keenakan Bahulu ini. Ia merupakan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh keluarga, diuruskan oleh Puan Sairah. Kanak-kanak dan cucu-cicit dalam keluarga ini telah menjual Bahulu sejak 25 tahun yang lalu. Kini, Puan Sairah memfokuskan skop perniagaannya pada Kedai Intan. Menurut beliau, beliau turut menjual variasi menu yang lain, iaitu Soto Ayam, tetapi, memandangkan beliau kekurangan pekerja, jadi, beliau memutuskan untuk fokus kepada perniagaan kuih-muih sahaja. Menjelang berlakunya MCO, beliau terpaksa menghentikan sebentar urusan perniagaan berikutan tidak menerima jumlah pelanggan yang memberangsangkan. Namun begitu, beliau tidak berputus-asa dan menerima situasi tersebut dengan fikiran yang positif.

Kedai Intan menerapkan kaedah masakan Bahulu secara tradisional dan moden. Salah satu cara penyediaannya adalah dengan menggunakan sabut kelapa. Hal ini kerana ia dapat membangkitkan aroma yang boleh dihidu walaupun dari jarak yang jauh. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama, namun, hasil akhirnya tidak pernah mengecewakan. Jadi, berbaloi dengan masa yang diluangkan untuk mendapatkan rasa yang sudah terang lagi bersuluh tiada tandingannya. Puan Sairah menjelaskan bahawa apabila beliau membakar Bahulu menggunakan sabut kepada, proses tersebut mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk mencampur semua bahan secara manual. Ia memakan masa sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam untuk menyiapkannya.

Kaedah masakan lain yang turut dipratikkan oleh Puan Sairah adalah beliau akan menggunakan ‘oven’ untuk membakar Bahulu. Ia merupakan langkah yang moden di samping ia dapat menyiapkan Bahulu dalam tempoh yang amat singkat. Oleh sebab itu, Puan Sairah masih lagi mengamalkan cara pembuatan Bahulu yang moden ini. Selain daripada Bahulu, beliau turut menyediakan Kuih Sapit dan Rempeyek. Namun begitu, beliau terpaksa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penghasilan kuih Bahulu dek kekurangan pekerja. 

Kedai Intan sentiasa dibanjiri dengan pujian daripada kalangan para pelanggannya. Hal ini kerana Bahulu yang dibuat oleh Puan Sairah ini mampu bertahan untuk tempoh yang lama dan tidak mudah rapuh. Ini adalah sesuatu yang disukai bagi individu yang gemar untuk menyimpan makanan mereka untuk masa yang lama. 

Setiap paket Bahulu ini dijual pada harga serendah RM 10.00 sahaja. Dengan harga RM 10.00, anda boleh dapatkan satu beg plastik yang dipenuhi dengan Bahulu yang dihasilkan dengan penuh rasa cinta dan ikhlas. Selain itu, anda boleh menikmati keenakan bahulu ini bersama insan tersayang untuk rasa yang lebih sedap. Seterusnya, Bahulu tersebut akan dibungkuskan dalam beg plastik yang sememangnya memudahkan anda untuk bawa dan makan ‘on-the-spot’.

Tarikan utama Kedai Intan ini adalah kuih Bahulu. Tetapi, anda turut boleh dapatkan kuih-muih lain seperti kuih Sapit dan Rempeyek. Namun, jika anda inginkan Bahulu, maka, tiada tempat lain yang perlu anda tuju. Jawapannya, Bahulu yang sedap hanya wujud satu dalam seribu. Anda hanya boleh temuinya di Kedai Intan dan nikmati Bahulu yang dihasilkan dengan air tangan Puan Sairah. Aromanya sahaja sudah cukup untuk membuat anda terliur!

Sudah pasti kami tidak pulang dengan tangan kosong. Kami penuhkan kedua-dua belah tangan kami dengan beberapa paket Bahulu Puan Sairah! Harga yang ditawarkan sangat tidak masuk akal dengan kualiti dan rasa yang diberikan. Anda tidak percaya? Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh ramai-ramai singgah ke Kedai Intan untuk menikmati sendiri keenakan Bahulu yang pasti akan memikat hati dan selera anda!

Berikut adalah antara produk yang boleh anda dapati di Kedai Intan:

  1. Bahulu
  2. Sapit
  3. Rempeyek

Ayuh kita lihat lokasi dan waktu operasi Kedai Intan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan untuk mendapatkan Bahulu satu dalam sejuta ini! Anda juga boleh meletakkan carian kepada SK Mempagar bagi memudahkan perjalanan anda memandangkan kedai tersebut terletak berdekatan sekolah tersebut.

Alamat: Kedai Intan, Kampung Mempagar, Jalan Beaufort, 89800, Sabah

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Hubungi

Pn Sairah – 017-8665384

Yan – 012-8344986

Dapatkan baucer percuma anda di Lazada sekarang【Di sini

Pelbagai tawaran pulangan tunai menarik【Di sini

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close