10 Laptop Bajet Terbaik di Malaysia 2022

Perkembangan teknologi telah mengubah cara hidup masyarakat konvensional untuk bergantung kepada kemudahan yang telah dicipta. Kelahiran gajet-gajet seperti komputer dan telefon pintar menerima impak yang besar daripada setiap golongan manusia sama ada untuk kegunaan peribadi atau organisasi syarikat. Selain daripada telefon pintar, laptop juga sudah menjadi peranti yang wajib dimiliki. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai anak kecil atau cikgu serta pelajar untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). 

Penggunaan laptop dapat membantu dalam melaksanakan segala tugasan dalam masa yang singkat. Anda tidak perlu lagi berhabis duit di cyber café, duduk berjam-jam lamanya hanya untuk menyiapkan satu tugasan. Berikut adalah 10 laptop bajet terbaik di Malaysia!

Bagaimana Hendak Memilih Laptop Bajet Yang terbaik?

Mencari laptop yang terbaik bukanlah mudah terutamanya jika anda mempunyai bajet yang sedikit. Namun, dengan menetapkan tujuan penggunaan, RAM, storan dan membandingkan spesifikasi yang ditawarkan oleh setiap laptop boleh membantu anda dalam mencari laptop bajet yang sesuai mengikut gaya hidup anda.

Berapa Banyak Ram yang Anda Perlukan?

Setiap laptop mempunyai fungsi dan cara beroperasi yang berbeza bergantung kepada tujuan penggunaannya. Jadi, berapa banyak RAM yang anda perlukan? Itu bergantung pada apa yang anda mahu lakukan dengan laptop anda, namun lazimnya laptop akan dilengkapi dengan 8GB. Ia sesuai untuk kegunaan santai seperti menyemak imbas media sosial dan menonton video YouTube. Manakala, untuk RAM 16 GB sesuai untuk kegunaan pejabat. Sekiranya anda ingin bermain permainan video atau tujuan multimedia RAM sebanyak 32 GB baik untuk anda.

10 Laptop Bajet Terbaik di Malaysia 2022

1. DERE Laptop V14s

DERE Laptop Vs
Kredit gambar: Alibaba

DERE Laptop V14s dilengkapi dengan Intel® Celeron® Processor N5095, yang membantu meningkatkan kecekapan laptop. Selain itu, ia didatangkan dengan skrin FHD 14.1 inci yang mempunyai keupayaan untuk mengawal kedua-dua warna dan kejelasan grafik untuk pengalaman yang lebih baik. Laptop ini mempunyai reka bentuk minimalis dengan bingkai yang nipis memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.  Laptop ini dipasarkan dengan 3 pilihan warna yang anda boleh pilih berdasarkan gaya anda.

Spesifikasi:

  • Pemproses: Intel® Celeron® Processor N5095
  • Kad Grafik: Intel® Ultra HD
  • Storan: 64GB, 128GB, 256GB, 512GB, 1TB SSD
  • RAM: 6GB, 8GB, 12GB, 16GB DDR4
  • Paparan Skrin: 14.1 inci

Kelebihan:

Reka bentuk ringkas
Tahan lama

Harga: RM1,049.00 – RM2,299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. DERE Mbook M11

DERE Mbook M
Kredit gambar: Shopee

DERE Mbook M11 didatangkan dengan skrin paparan 15.6 inci yang menawarkan kualiti grafik yang baik tanpa meninggalkan kesan kabur. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Teknologi ‘Eye-Care’ dan mod energy-saving Eco yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada mata anda. Bukan itu sahaja, kad grafik yang terdapat pada laptop ini iaitu Intel® UHD Graphics memberikan paparan 1080hp tanpa masalah ‘lagging’.

Spesifikasi:

  • Pemproses: Intel® Celeron Processor N5095
  • Kad Grafik: Intel® UHD Graphics
  • Storan: 128GB, 256GB, 512GB, 1TB SSD
  • RAM: 8GB, 12GB, 16GB DDR4
  • Skrin Paparan: 15.6 inci

Kelebihan:

Bingkai ultra nipis
Teknologi ‘Eye-Care’

Harga: RM1,049.00 – RM2,299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Acer Aspire 3 A314-35-C1E0

Acer Aspire A CE
Kredit gambar: IT Hypermarket

Siri Aspire daripada Acer ini direka khas untuk pekerja dan pelajar yang ingin melakukan tugasan yang ringan. Aspire 3 A314-35-C1E ini tidak jauh beza dengan siri Aspire yang lain melainkan dari segi harganya yang mampu milik. Dengan kuasa yang dijana oleh Intel® Celeron® Processor N4500 serta 4GB RAM memberikan kelancaran tanpa sebarang masalah lagging ketika anda menggunakannya. Bukan itu sahaja, laptop ini juga dilengkapi dengan skrin seluas 14 inci serta kad grafik daripada Intel® UHD Graphics memaparkan resolusi setinggi 1366 x 788. 

Spesifikasi:

  • Pemproses: Intel® Celeron® Processor N4500
  • Kad grafik: Intel® UHD Graphics
  • Storan: 256 GB PCIe NVMe SSD
  • RAM: 4 GB Onboard DDR4
  • Skrin paparan: 14 inci

Kelebihan:

Ringan
Warna yang unik

Harga: RM1,899.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. HUAWEI MateBook D15 

HUAWEI MateBook D
Kredit gambar: Huawei Consumer

Jenama Huawei sudah pastinya tidak asing lagi dalam bidang teknologi. Huawei MateBook D15 didatangkan dengan ketebalan sekitar 16.9 mm, serta mempunyai saiz skrin 15.6 inci dengan bezel yang mengelilingi hanya setebal 5.3 mm memudahkannya dibawa ke mana sahaja. Beralih kepada port sambungan pula, ia tampil dengan 1x port USB C, 2x port USB 2.0, 1x port USB 3.0, HDMI dan bicu audio 3.5mm. Kesemuanya mengisi ruang sisi kiri dan kanan laptop ini. Laptop ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana selain didatangkan dengan kualiti premium, ia juga dijual pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Pemproses: Intel® CoreTM i3-10110U 
  • Kad Grafik: Intel® UHD Graphics 620
  • Storan: 512 GB SSD
  • RAM: 8 GB
  • Skrin Paparan: 15.6 inci

Kelebihan:

Pengecasan pantas
Ringan

Harga: RM1,899.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. HONOR MagicBook X 15 

HONOR MagicBook X
Kredit gambar: NDTV Gadgets 360

Jika anda sedang mencari laptop bajet dengan spesifikasi yang sesuai untuk permainan bekerja dan belajar, HONOR MagicBook X 15 pilihan terbaik untuk anda. Laptop ini didatangkan dengan reka bentuk tanpa bingkai dengan skrin paparan rata 15.6 inci. Selain itu, laptop ini juga mempunyai resolusi HD penuh, port HDMI serta masa tindak balas 1ms memberikan anda pengalaman penggunaan yang lancar.

Spesifikasi:

  • Pemproses: Intel® Core™ i3 256GB NVMe PCIe SSD
  • Kad Grafik: Intel® UHD Graphics
  • Storage: 256 GB SSD
  • RAM: 8 GB DDR4
  • Skrin paparan: 15.6 inci

Kelebihan:

Kemasan metalik
Mencegah keletihan mata

Harga: RM1,799.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. HP Chromebook x360 

HP Chromebook x
Kredit gambar: Harvey Norman

Laptop daripada jenama HP kali ini mengeluarkan sedikit kelainan ekoran OS yang digunakan bukanlah daripada Window namun daripada Chrome. HP Chromebook x360 mempunyai berat 1.45 kg, menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, laptop ini juga dilengkapi dengan papan kekunci boleh laras membolehkan anda mencabutnya dan menjadikan laptop ini kepada tablet. Laptop ini sangat sesuai untuk pelajar.

Spesifikasi:

  • Pemproses: Intel® Celeron® N4020
  • Kad Grafik: Intel® UHD Graphics 600
  • Storan: 256 GB SSD
  • RAM: 4 GB LPDDR4
  • Skrin Paparan: 11.6 inci

Kelebihan:

Ringan
Sesuai untuk pelajar

Harga: RM1,299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. HP Laptop 15S

HP Laptop S
Kredit gambar: HP

HP Laptop 15S dilengkapi dengan AMD Athlon™ Silver 3050U, membekalkan pelayaran laman web dan Internet yang lancar. Terdapat 2 warna menarik yang boleh anda pilih iaitu perak dan emas. Selain itu, laptop ini juga didatangkan dengan storan 256 GB SSD yang boleh menyimpan jumlah data dalam kuantiti yang banyak tanpa mengalami masalah lagging.

Spesifikasi:

  • Pemproses: AMD Athlon™ Silver 3050U
  •  Kad Grafik: Grafik AMD Radeon™
  • Storan : 256GB SSD
  • RAM: 4GB LPDDR4
  • Skrin Paparan: 15.6 inci

Kelebihan:

Didatangkan dengan jaminan 1 tahun
Penampilan yang eksklusif

Harga: RM1,449.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Asus Vivobook Go

Asus Vivobook Go
Kredit gambar: Asus

Asus Vivobook Go merupakan salah satu laptop termurah yang boleh anda gunakan untuk pelbagai kegunaan seperti kerja pejabat, penggunaan media dan juga permainan video. Laptop ini mempunyai kemasan matte di seluruh bahagian menjadikannya tahan lasak. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang nipis dan dapat menjimatkan ruang meja anda. Asus Vivobook Go ini mempunyai berat di bawah 3 kg menjadikannya mudah alih.

Spesifikasi:

  • Pemproses: AMD Athlon™ Silver 3050U
  • Kad Grafik: Intel® HD Graphics
  • Storan: 256 GB SSD
  • RAM: 8 GB DDR4
  • Skrin Paparan: 14 inci

Kelebihan:

Sangat ringan
Hayat bateri tahan lama

Harga: RM1,449.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. HP 245 G8 Laptop 

HP G Laptop
Kredit gambar: HP

HP 245 G8 dikuasakan oleh AMD Ryzen™ 3 5300U dengan kad grafik AMD Radeon™. Ia mempunyai kemasan perak yang cantik sekaligus melengkapkan keseluruhan reka bentuk laptop. Selain itu, ia juga mempunyai ciri anti-silau untuk memastikan mata anda dilindungi daripada tekanan. Laptop ini juga antara laptop paling ringan yang terdapat di pasaran dengan berat 1.5 kg.

Spesifikasi:

  • Pemproses: AMD Ryzen™ 3 5300U
  • Kad Grafik: AMD Radeon™ Vega 6
  • Storan: 256 GB SSD
  • RAM: 8 GB DDR4
  • Skrin Paparan: 14 inci

Kelebihan:

Kapasiti simpanan yang besar
Sesuai untuk kegunaan harian

Harga: RM1,599.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Lenovo IdeaPad D330

Lenovo IdeaPad D
Kredit gambar: Harvey Norman

Jika anda mencari laptop 2 dalam 1 yang boleh berfungsi sebagai tablet, Lenovo IdeaPad D330 pilihan terbaik untuk anda. Lenovo IdeaPad D330 menawarkan skrin resolusi tinggi dengan jumlah RAM yang memuaskan dan storan berjumlah 128 GB.  Ini menjadikannya pilihan laptop bajet yang terbaik untuk pelajar. Selain itu, ia didatangkan dengan kapasiti bateri yang mampu bertahan selama 12 jam.  

Spesifikasi:

  • Pemproses: Intel Celeron N4020
  • Kad Grafik: Intel UHD Bersepadu
  • Storan: 128 GB eMMC
  • RAM: 4GB DDR4
  • Skrin Paparan: 10.1 inci

Kelebihan:

Grafik paparan terbaik
Laptop 2-dalam-1

Harga: RM1,022.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close