10 Pemanas Sup Terbaik di Malaysia 2024

Adakah anda seorang yang sering menganjurkan acara secara besar-besar atau suka memasak dalam kuantiti yang banyak? Maka, kami sarankan anda untuk mendapatkan pemanas sup sekarang! Pemanas sup adalah salah satu peralatan kulinari yang memiliki pelbagai fungsi. Contohnya, ia mengekalkan kehangatan sup dan makanan berkuah yang lain. Lazimnya, ia terdiri daripada kapasiti yang besar, iaitu sekurang-kurangnya 10 L.

Apakah manfaat yang anda akan peroleh sekiranya anda memiliki sebuah pemanas sup? 

Jika anda memiliki pemanas sup, anda boleh memasak dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Kemudian, pemanas sup juga dilengkapi dengan fungsi tetapan suhu  di mana ia membenarkan anda untuk mengawal suhu masakan tersebut. Selain itu, ia akan membolehkan anda untuk memanaskan makanan dalam suatu tempoh yang lama. Justeru, pemanas sup sememangnya memudahkan urusan anda di dapur, lebih-lebih lagi ketika anda ingin mengadakan majlis atau acara secara besar-besaran. Berikut, kami tampilkan koleksi 10 Pemanas Sup Terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia!

10 Pemanas Sup Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Imbaco Commercial Electric Soup Warmer

Imbaco Commercial Electric Soup Warmer
Kredit gambar: Shopee

Sup, mi ayam atau cili? Walau apa-apa jua masakan anda, Imbaco Commercial Electric Soup Warmer akan memastikan masakan anda kekal panas dan hangat. Pemanas sup profesional ini diperbuat daripada aluminium yang disaluti dengan epoksi. Ia juga terdiri daripada bahan besi tahan karat dan penutup yang berengsel. Kedua-dua penutup dan inset pemanas sup ini dihasilkan daripada besi tahan karat. Jadi, anda tidak perlu risau tentang kualiti produk ini. Pendek kata, anda pasti akan berpuas hati! 

Spesifikasi:

  • Voltan: 220-240V 
  • Power: 480 W
  • Berat: 4.7 kg
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 10 L

Harga: RM149.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. KT Ware Commercial Electric Warmer

KT Ware Commercial Electric Warmer
Kredit gambar: Shopee

KT Ware Commercial Electric Warmer membantu anda untuk mengekalkan kehangatan sup anda. Ia diperbuat daripada aluminium yang disaluti epoksi, di mana ia bertujuan untuk memastikan sup anda kekal hangat dalam tempoh yang lama. Selain itu, ia memiliki penutup yang mudah dibuka. Apa yang menariknya tentang pemanas sup ini adalah ia turut mempunyai tombol untuk mode ‘stay-cool’ bagi mengelakkan berlakunya kelecuran.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220 V 
  • Kuasa: Tidak dinyatakan
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 10 L dan 13 L

Harga: RM199.00 (13 L)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. HappyPopper Commercial Soup Warmer

HappyPopper Commercial Soup Warmer
Kredit gambar: Happy Popper

HappyPopper Commercial Soup Warmer merupakan pilihan ideal untuk penggunaan di hotel, restoran, parti dan acara atau majlis yang berskala besar. Selain itu, pemanas sup ini memiliki kawalan suhu. Ciri tersebut berupaya memudahkan anda untuk mengawal suhu mengikut kehendak dan tetapan yang anda inginkan. Seterusnya, bahagian dalam periuk ini dihasilkan daripada bahan keluli tahan karat yang khusus untuk gred makanan. 

Spesifikasi:

  • Voltan: 220 V 
  • Power: Tidak dinyatakan
  • Berat: 4.5 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 10 L

Harga: RM119.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Wucht Commercial Electric Soup Warmer

Wucht Commercial Electric Soup Warmer
Kredit gambar: Shopee

Wucht Commercial Electric Soup Warmer sangat mudah untuk anda uruskan dan gunakan. Penggunaannya hanyalah semudah ABC! Mengapa? Anda hanya perlu mengisi bahagian luar bekas dengan jumlah air yang betul. Kemudian, letakkan bahagian dalam bekas tersebut ke dalam cerek sup tersebut. Seterusnya, anda penuhkan bekas tersebut dengan apa-apa jua makanan yang anda ingin masak seperti sup, sos atau minuman sekalipun! Selepas itu, tutup penutup dan tetapkan suhu. Namun, anda perlu ingat bahawa cerek sup itu tidak berfungsi untuk memasak makanan tersebut.

Spesifikasi:

  • Voltan: 120 V 
  • Power: 400 W
  • Berat: 5.2 kg
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 10 L

Harga: RM288.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. TKTT Stainless Steel Soup Warmer

TKTT Stainless Steel Soup Warmer
Kredit gambar: Amazon

TKTT Stainless Steel Soup Warmer merupakan pilihan yang ideal untuk kegunaan katering dan bufet. Hal ini kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ia dapat menampung jumlah besar masakan pada satu-satu masa. Jadi, anda tidak perlu mengulang proses yang sama sebanyak tiga atau empat kali. Selain itu, ia diperbuat daripada keluli tahan lasak beserta cermin yang digilap sebagai sentuhan akhir produk ini. Seterusnya, pemanas sup ini berfungsi dengan menggunakan minyak yang akan mengekalkan kepanasan sup anda untuk tempoh yang lama. 

Spesifikasi:

  • Voltan: Tiada
  • Power: Tiada
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Negara Pengeluar:  Tidak dinyatakan
  • Saiz: 10 L

Harga: RM155.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Homelux High Quality Commercial Soup Warmer

Homelux High Quality Commercial Soup Warmer

Kredit gambar: AlatDapur

Homelux High Quality Commercial Soup Warmer boleh memastikan sup dan pencuci mulut tetap hangat dan sedia untuk dimakan. Ia sesuai digunakan dalam acara, rumah, restoran dan hotel. Suhu pemanasan boleh dilaraskan daripada  35 hingga 80 °C dengan pengawal suhu.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220-240 V 
  • Power: 400 W
  • Berat: 4.9 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 10 L

Harga: RM299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. VCK Home Commercial Iron Case Electrical Soup Warmer

VCK Home Commercial Iron Case Electrical Soup Warmer
Kredit gambar: shopee

VCK Home Commercial Iron Case Electrical Soup Warmer akan memastikan makanan anda kekal hangat! Pemanas sup profesional ini diperbuat daripada aluminium bersalut epoksi dan mempunyai tatah keluli tahan karat dan penutup berengsel. Ia bagus untuk katering, bar salad dan bufet.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220 – 240V 
  • Power: Tidak dinyatakan
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 10 L

Harga: RM168.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Butterfly Soup Warmer

Butterfly Soup Warmer
Kredit gambar: Butterfly

Butterfly Soup Warmer mempunyai kapasiti besar 10 L. Ia mempunyai kawalan suhu boleh laras terbina dalam untuk lebih panas, jadi, anda dapat menetapkannya dengan mudah kepada suhu yang anda inginkan. Bahagian luar pemanas sup adalah bahan besi tuang yang tebal untuk memastikan sup anda tetap hangat.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220-240V 
  • Power: Tidak dinyatakan
  • Berat: 4.3 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 10 L

Harga: RM399.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Sunnex Heavy Duty Electric Soup Warmer

Sunnex Heavy Duty Electric Soup Warmer
Kredit gambar: IndiaMART

Pemanas Sup Elektrik Heavy Duty Sunnex sesuai untuk mana-mana restoran, perkhidmatan katering atau barisan bufet yang perlu memastikan sup, kuah, rebusan dan makanan lain cukup hangat untuk disajikan. Bahagiannya boleh ditanggalkan yang menjadikannya mudah dibersihkan. Ia mempunyai kawalan suhu.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220 V 
  • Power: 400 W
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 10 L

Harga: RM490.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Sunsteel Electric Soup Warmer

Sunsteel Electric Soup Warmer
Kredit gambar: Guangzhou Sunrry Kitchen Equipment Co

Pemanas Sup Elektrik Sunsteel mempunyai periuk dalam keluli tahan karat dengan bahagian luar keluli bersalut serbuk. Kedua-dua bahan ini membantu mengekalkan kandungan dalam periuk hangat untuk jangka masa yang lebih lama. Ia sesuai untuk katering, bufet dan acara besar.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220-240 V 
  • Power: 400 W
  • Berat: 4.5 kg
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 10 L

Harga: RM299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close