8 Perpustakaan Menarik di Malaysia 2022

Perpustakaan memainkan peranan penting dalam masyarakat sebagai portal kepada pengetahuan dan budaya. Kami percaya pembangunan perpustakaan adalah sama pentingnya dengan membina lebih banyak sekolah di dunia ini. Terdapat perkara yang masih tidak dapat anda temui walaupun dicari di Internet. Ini mungkin disebabkan oleh akses atau kebenaran yang terhad daripada pengarang asal kepada bahan mentah seperti jurnal atau artikel ilmiah. Di sinilah pentingnya perpustakaan. Anda dapat akses bahan-bahan ilmiah tanpa had mengikut kehendak dan keperluan anda.

Menurut laporan, Malaysia mempunyai 336 perpustakaan Negeri, Awam dan Perbandaran setakat 31 Disember 2017. Anda boleh melawat banyak perpustakaan yang indah di Malaysia. Kini, perpustakaan tidak lagi menjadi tempat yang membosankan. Pelbagai infrastruktur dibina untuk menarik perhatian para pembaca, khususnya dalam golongan kanak-kanak. Reka bentuk perpustakaan juga canggih dan moden.Anda boleh menghabiskan masa anda di perpustakaan sambil membaca buku dengan selesa. Jika anda seorang ulat buku, nah, artikel ini bakal menggembirakan hati anda! Berikut adalah 8 perpustakaan menarik untuk anda kunjungi di seluruh Malaysia.

Apakah yang patut anda jangkakan daripada perpustakaan?

Jika anda belum pergi ke perpustakaan yang indah ini,apa kata anda baca artikel kami terlebih dahulu dan rancang perjalanan anda ke sana? Sebenarnya, untuk berkunjung ke sesebuah perpustakaan, anda perlu mempertimbangkan tentang kemudahan yang ditawarkan, kapasiti perpustakaan itu dan juga seni bina yang dipamerkan oleh perpustakaan tersebut. 

1. Kemudahan

Memandangkan perpustakaan yang tersenarai dalam artikel ini adalah perpustakaan yang tercantik di Malaysia, anda boleh mengharapkan kemudahan dan perkhidmatan yang sangat baik daripada mereka.Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti surau,bilik mesyuarat dan juga dewan. Semuanya bergantung pada keperluan sesebuah perpustakaan itu sendiri.

2. Kapasiti

Seterusnya, anda juga boleh mengetahui kapasiti sesebuah perpustakaan. Beberapa perpustakaan dibina sebesar stadium bola sepak dapat memuatkan 4.78 juta buku dan barangan. Hebat, bukan? Jadi, anda tidak perlu risau kehabisan buku untuk membaca.

3. Seni Bina  

Akhir sekali,perpustakaan kini dibina dengan reka bentuk yang canggih, moden dan menarik. Anda tidak lagi bosan memandangnya kerana setiap genap perpustakaan tersebut mempamerkan seni bina yang moden dan menarik hati untuk terus berada di situ.

8 Perpustakaan Menarik di Malaysia 2022

1. Sarawak State Library, Kuching, Sarawak

Sarawak State Library Kuching Sarawak
Kredit Gambar: Flickr
Sarawak State Library Kuching Sarawak
Kredit Gambar: Twitter

Perpustakaan tercanggih Sarawak ini terletak di pinggir bandar Kuching yang tenang. Di sini, pelbagai acara dan aktiviti yang dijadualkan secara berkala diadakan bagi membantu dalam meningkatkan fungsinya. Perpustakaan ini merupakan tempat yang menakjubkan dan indah. Ia bermatlamat untuk menjadikan masyarakat berilmu bagi generasi kini dan akan datang.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin-Jumaat), 9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu-Ahad)

Alamat: Q102, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/

Laman Web

2. Raja Tun Uda Library, Shah Alam, Selangor

Raja Tun Uda Library Shah Alam Selangor
Kredit Gambar: Selangor. travel
Raja Tun Uda Library Shah Alam Selangor
Kredit Gambar: Visit Selangor

Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam mempunyai pemandangan tasik yang sangat indah kerana ia terletak berdekatan dengan Taman Tasik Shah Alam. Perpustakaan ini juga menyediakan ruang solat untuk umat Islam. Terdapat ramai pelawat yang berkunjung ke perpustakaan ini sama ada untuk melakukan kerja atau menikmati kemudahan yang ada. Selain itu, terdapat juga sofa di sudut sunyi yang sedikit tersembunyi untuk tidur siang yang tenang.  RM 2 dikenakan bagi setiap kemasukan kereta yang diparkir di tempat letak kereta perpustakaan ini.Paling menarik, perpustakaan ini mempunyai zon kanak-kanank di bahagian bawah yang dapat memuatkan ramai kanak-kanak di situ.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 petang (Isnin-Jumaat), Tutup (Sabtu-Ahad)

Alamat: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/rajatunudalibrary/

Laman Web

3. Penang Digital Library, Georgetown, Penang

Penang Digital Library Georgetown Penang
Kredit Gambar: Penang Local Stuff
Penang Digital Library Georgetown Penang
Kredit Gambar: Penang Digital Library

Penang Digital Library di Georgetown, Pulau Pinang ialah tempat yang bagus untuk belajar, mengadakan mesyuarat persidangan dan sebagainya. Mereka juga membenarkan pelawat menggunakan eBook digital pada pad. Tambahan pula, bahagian yang paling menarik ialah mereka mempunyai kafe yang mana anda boleh menikmati gula-gula, kopi dan teh yang lazat. Wi-Fi juga percuma di sini dan sentiasa tersedia untuk semua pelawat.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Rabu-Ahad), Tutup (Isnin-Selasa)

Alamat: 135, Jln Masjid Negeri, Taman Guan Joo Seng, 11600 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/PenangDigitalLibrary/

Laman Web

4. Anggerik Mokara MBSA Library, Shah Alam, Selangor

Anggerik Mokara MBSA Library Shah Alam Selangor
Kredit Gambar: EverydayOnSales.com
Anggerik Mokara MBSA Library Shah Alam Selangor
Kredit Gambar: Facebook

Bagi mereka yang berada di Shah Alam, Selangor, anda dialu-alukan ke salah satu perpustakaan yang paling luas di Malaysia. Terdapat banyak perkara menarik yang boleh anda dapati di Perpustakaan MBSA Anggerik Mokara. Pihak perpustakaan di sini juga telah menyediakan bilik solat supaya semua umat Islam dapat menunaikan solat mereka di sana dengan selesa sambil menghabiskan masa mereka di sini.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 1:00 petang, 2:00 petang – 4:30 petang (Selasa-Khamis), 9:00 pagi – 12:15 tengah hari, 2:45 petang – 4:30 petang (Jumaat), tutup (Sabtu-Isnin)

Alamat: Jalan Utarid U5/9, Taman Mutiara Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/perpustakaan-anggerik-mokara-majlis-bandaraya-shah-alam-kini-dibuka-di-seksyen-u/1999733860096238/

5. Sabah State Library, Tanjung Aru, Sabah

Sabah State Library Tanjung Aru Sabah
Kredit Gambar: New Straits Times
Sabah State Library Tanjung Aru Sabah.jpg
Kredit Gambar: ILoveSabah

Perpustakaan Negeri Sabah mempunyai reka bentuk seni bina yang moden dan hebat, dengan dalaman dan luaran yang kelihatan anggun. Setiap tingkat perpustakaan dibina khas untuk setiap kumpulan umur, menjadikannya tempat yang bagus untuk mengajar anak-anak anda. Ramai yang meninggalkan ulasan positif tentang alam sekitar dan kebersihan perpustakaan ini. Jadi, jika anda melawat Sabah, jangan lupa untuk ke sini!

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Isnin), 9:00 pagi – 9:00 malam (Selasa-Ahad)

Alamat: 2, Jalan Tun Mustapha, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/tanjungarubranchlibrary/

6. Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL)

Japan Foundation Kuala Lumpur JFKL
Kredit Gambar: Traworld
Japan Foundation Kuala Lumpur JFKL
Kredit Gambar: The Japan Foundation, Kuala Lumpur

Jika anda merasa ingin mengunjungi perpustakaan yang menggambarkan budaya Jepun, anda boleh datang ke Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) ini. Perpustakaan yang selesa dan hebat ini telah ditubuhkan pada tahun 1972 di Kuala Lumpur, Malaysia. Jika anda tidak mahu terganggu daripada pembelajaran anda sewaktu anda berada di sini, anda boleh pergi ke bilik berasingan yang disediakan supaya anda boleh mengasingkan diri daripada pelawat lain. Sistem keselamatan di perpustakaan ini juga sangat selamat.Anda pasti berasa selesa dan tenang sewaktu menghabiskan masa di sini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi -5:00 petang (Ahad-Isnin), Tutup (Selesa-Sabtu)

Alamat: 18th Floor, Block B, Northpoint, No. 1, Medan Syed Putra Selatan, 59200 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/theJapanFoundationKL/

Laman Web

7. Petronas University of Technology Information Resource Centre, Seri Iskandar, Perak

Petronas University of Technology Information Resource Centre Seri Iskandar Perak
Kredit Gambar: Helpmecovid
Petronas University of Technology Information Resource Centre Seri Iskandar Perak
Kredit Gambar: u.library.utp.edu.my

Pusat Sumber Maklumat Universiti Teknologi Petronas ialah lokasi pengajian UTP yang paling selesa dan sesuai untuk para pelajar. Terdapat banyak ruang untuk pelajar berdiskusi secara dalam kumpulan atau melibatkan diri dalam pembelajaran  kendiri di dalam pusat sumber ini. Buku-buku di rak juga merangkumi pelbagai topik.Anda boleh lihat reka bentuk perpustakaan ini sungguh hebat dan canggih yang pastinya menambat hati anda untuk ke sini.

Waktu Operasi: 9:00 pagi– 10:00 malam (Isnin-Jumaat), Tutup (Sabtu-Ahad)

Alamat: Universiti Teknologi PETRONAS, 32610, Bandar Seri Iskandar, Bota, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Laman Web

8. L45 Kurau Community Library @ Bangsar, Kuala Lumpur

L Kurau Community Library @ Bangsar Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Malay Mail
L Kurau Community Library @ Bangsar Kuala Lumpur
Kredit Gambar: TripCanvas Malaysia

Perpustakaan Komuniti L45 Kurau ialah perpustakaan berasaskan komuniti dengan salah satu reka bentuk terbaik di Malaysia. Selain mempunyai koleksi buku yang hebat, L45 juga menerima sumbangan buku daripada pelanggannya. Ramai pengunjung menyukai suasana tenang di perpustakaan ini.

Waktu Operasi: Tidak dinyatakan

Alamat: 45, Lorong Kurau, Bangsar, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=412494872249770

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close