8 Produk Buah Berangan Panggang Terbaik di Malaysia 2022

Di Asia Timur, Eropah dan bandar New York, buah berangan yang dipanggang merupakan hidangan jalanan musim luruh dan musim sejuk yang popular di sana. Salah satu cara terbaik untuk menikmati buah berangan adalah dengan memanggangnya. Buah berangan mentah rasanya pahit, namun apabila dipanggang, ia mempunyai rasa yang halus dan agak manis serta tekstur yang lembut seperti ubi keledek. 

Buah berangan di Malaysia biasanya dijual dengan harga yang mahal kerana ia sukar didapati. Kalau anda hendak tahu, buah berangan ini asalnya daripada pokok yang dipanggil secara saintifiknya iaitu Castanea Spp yang tergolong dalam keluarga Fagaceae, iaitu daripada kumpulan pokok oaks. Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan beriklim sederhana di hemisfera utara. Menarik bukan?

Bagaimanakah memilih produk buah berangan yang sesuai untuk anda?

Jika hendak memilih sesuatu makanan, anda perlulah mengetahui harganya dan juga bahan-bahan yang terkandung dalam makanan tersebut bagi memastikan anda mendapat nutrisi yang bagus bagi badan anda. Berikut adalah petuanya:

  1. Harga

Setiap makanan mempunyai keunikan dan rasanya yang tersendiri. Jadi anda harus membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membelinya. Setiap bentuk dan rasa makanan bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh syarikat pengeluarnya.

2. Bahan-bahan

Anda perlu membaca bahan-bahan yang terkandung dalam makanan tersebut terlebih dahulu supaya tidak termakan makanan yang anda alergi kerana ini mungkin berbahaya untuk anda.

8 Produk Buah Berangan Panggang Terbaik di Malaysia 2022

1. TianJin Yandu Gourmet Roasted Chestnut

TianJin Yandu Gourmet Roasted Chestnut
Kredit Gambar: Happy fresh

Tianjin Yandu Gourmet Roasted Chestnut ialah buah berangan yang boleh dimakan dan lazat yang memberikan sedikit rasa manis pada setiap gigitan. Rasailah buah berangan panggang gourmet ini dan ia mungkin menjadi salah satu snek kegemaran anda hari ini!

Bahan-bahan: Buah berangan

Negara Pengeluar: China

Saiz: 128g

Harga: RM4.70

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

2. Liyuan Smiling Roasted Chestnut

Liyuan Smiling Roasted Chestnut
Kredit Gambar: Shopee

Pilihan yang sihat untuk masa snek anda, Liyuan Smiling Roasted Chestnut ialah salah satu snek yang terbaik untuk dipilih. Anda juga boleh menikmati snek buah berangan yang dipanggang ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Jika anda hendak tahu, snek ini diperkaya dengan mineral yang boleh memberikan anda nutrisi yang diperlukan.

Bahan-bahan: Buah berangan Organik

Negara Pengeluar: China

Saiz: 100g

Harga: RM5.00 (Shopee) | RM30.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Country Best Goryuan Brand Roasted Chestnut

Country Best Goryuan Brand Roasted Chestnut
Kredit Gambar: Shopee

Country Best Goryuan Brand Roasted Chestnut ini bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan tiada perisa tambahan yang terkandung di dalamnya. Anda boleh menikmati snek hebat ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada! Mungkinkah snek ini menjadi snek kegemaran anda? Rasanya yang lazat dan enak pasti tidak mengecewakan anda.

Bahan-bahan: Buah berangan yang dipanggang

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 80g

Harga: RM3.99 (Shopee) | RM12.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Tong Garden Organic Roasted Chestnut

Tong Garden Organic Roasted Chestnut
Kredit Gambar: Tesco

Buah berangan Tong Garden yang dipanggang sempurna mempunyai rasa kacang manis dan teksturnya kenyal seperti  kentang. Memanggang buah berangan adalah cara terbaik untuk mengeluarkan rasa aslinya. Sambil meluangkan masa bersama keluarga, anda boleh menikmati snek ini dengan rasa yang memuaskan.

Bahan-bahan: Buah berangan Organik

Negara Pengeluar: China

Saiz: 120g, 300g

Harga: RM11.40 (Shopee) | RM5.30 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

5. Signature Market Organic Roasted Chestnuts

Signature Market Organic Roasted Chestnuts
Kredit Gambar: Shopee

Ramai di antara kita akan mengingati aroma manis, pedas dan berasap buah berangan yang dipanggang oleh peniaga kaki lima di dalam kuali besar. Walaupun penjual buah berangan dahulu mungkin tidak lagi seperti sekarang, buah berangan masih merupakan makanan ringan yang sangat menarik dan berkhasiat. Buah ini dibakar mengikut kaedah tradisional bagi menonjolkan rasa yang benar-benar asli. Buah berangan panggang organik ini tidak mengandungi garam atau gula tambahan dan dipanggang dalam cangkerangnya untuk mengunci semua kelembapan dan rasa untuk santapan anda.

Bahan-bahan: Buah berangan

Negara Pengeluar: China

Saiz: 200g

Harga: RM20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Country Farm Organics Roasted Chestnut

Country Farm Organics Roasted Chestnut
Kredit Gambar: Shopee

Penuh dengan mineral dan vitamin, anda pasti menikmati Country Farm Organics Roasted Chestnut dengan setiap gigitan yang memuaskan! Rasanya yang manis dan teksturnya yang pejal membuatkan gigitan anda berasa puas! Cubalah snek lazat ini pada hari ini!

Bahan-bahan: 100% buah berangan Organik

Negara Pengeluar: China

Saiz: 100g

Harga: RM6.50 (Shopee) | RM5.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Three Squirrels Open Chestnut

Three Squirrels Open Chestnut
Kredit Gambar: AliExpress

Rendah kalori tetapi tinggi antioksidan, hanya setengah cawan buah berangan ini  boleh membantu meningkatkan fungsi sel dan menggalakkan pertumbuhan tulang yang lebih baik. Ayuh cuba snek buah berangan yang dipanggang hari ini dan rasailah kelazatannya!

Bahan-bahan: Buah berangan

Negara Pengeluar: China

Saiz: 120g

Harga: RM18.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di lazada

8. Nadia Roasted Chestnuts

Nadia Roasted Chestnuts
Kredit Gambar: Shopee

Walaupun sedap, Nadia Roasted Chestnut pasti memudahkan anda untuk mendapatkan snek buah berangan yang dipanggang di mana-mana sahaja. Anda boleh juga menikmati snek ini bersama keluarga pada waktu santai anda.

Bahan-bahan: Buah berangan

Negara Pengeluar: China

Saiz: 100g

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close