8 Set Hadiah Terbaik di Malaysia 2022

Ada ketikanya kesibukan membuatkan kita sering terlupa untuk mengungkapkan rasa cinta terhadap pasangan mahupun keluarga. Memberi kegembiraan kepada orang tersayang bukanlah satu perkara yang susah. Tidak perlu menyediakan sesuatu yang mahal untuk menunjukkan rasa kasih, cukup sekadar menghargai dan mengingati supaya dapat menceriakan suasana. 

Walau bagaimanapun, anda masih boleh memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Adakah anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis hadiah mampu milik yang dapat membuatkan penerima tersenyum? Oleh itu, kami mencadangkan 8 set hadiah terbaik 2022 kepada anda.

Bagaimana Hendak Mencari Set Hadiah yang Tepat? 

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana hendak memilih set hadiah yang terbaik bagi memastikan mereka berpuas hati dengan hadiah mereka. Jawapannya adalah dengan mempertimbangkan pilihan mereka serta belanjawan anda.

1. Pilihan penerima

Amat penting untuk memahami perkara yang disukai dan tidak disukai oleh penerima. Hal ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Jadi untuk mengelakkan anda daripada terbeli hadiah yang salah, lebih baik untuk anda memahami perkara atau item yang disukai oleh penerima terlebih dahulu.

2. Belanjawan anda

Hadiah boleh didapati dalam pelbagai harga, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal. Oleh itu, adalah penting untuk memilih hadiah yang berada dalam julat belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

8 Set Hadiah Terbaik di Malaysia 2022

1. Surprise Chocolate Gift Box

Surprise Chocolate Gift Box
Kredit Gambar: Shopee

Surprise Chocolate Gift Box merupakan hadiah yang sesuai untuk diberi pada majlis ulang tahun dan majlis istimewa, terutamanya jika penerima ialah peminat coklat. Hal ini kerana, kotak ini dipenuhi dengan pelbagai pilihan coklat yang anda boleh pilih berdasarkan cita rasa penerima. Bukan itu sahaja, versi kotak beserta patung juga ada dijual.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Kawan, kekasih, keluarga, rakan sekerja
  • Variasi: Set mini, set premium, set deluxe, set mewah (sotong), set mewah (unicorn ), set mewah (kucing)
  • Negara pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Variasi coklat untuk dipilih
Sesuai untuk semua majlis

Harga: RM19.77 – RM38.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Body & Earth Bath and Body Gift Box

Body Earth Bath and Body Gift Box
Kredit Gambar: Shopee

The Body & Earth Bath and Body Gift Box merupakan salah satu pakej hadiah yang sesuai untuk mereka yang menggemari wangian bunga. Set ini mengandungi 6 item iaitu scrub badan, gel mandian, krim muka, losyen tangan, losyen badan dan sabun bar. Selain itu, set ini didatangkan dengan reka bentuk pembungkusan yang elegan dan mewah sesuai untuk semua jenis majlis.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Wanita
    Variasi: Haruman lavender, haruman ros
  • Negara pengeluar:  Malaysia

Kelebihan:

Bahan Berkualiti tinggi
Pembungkusan Menarik
Wangian Bunga

Harga: RM69.99 – RM79.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Surprise Gift Box Bento Cake

Surprise Gift Box Bento Cake
Kredit Gambar: Shopee

Surprise Gift Box Bento Cake ini mengandungi kek, balang coklat atau emping jagung yang boleh anda pilih. Bukan itu sahaja, set ini juga dilengkapi dengan sejambak bunga Baby Breath, coklat, kad ucapan dan pek tisu. Set ini sangat sesuai untuk diberikan kepada rakan ataupun teman istimewa anda. 

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Hari jadi, valentine, ulang tahun
    Variasi: Biscoff, almond, karamel, marshmallow, HC, nutella
  • Negara pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Kad ucapan
Menawarkan pelbagai pilihan kek
Harga mampu milik
Pembungkusan yang menarik

Harga: RM23.00 – RM36.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Chocolate + Kek Batik Gift Box

Chocolate Kek Batik Gift Box
Kredit Gambar: Shopee

Chocolate + Kek Batik Gift Box ini menawarkan pelbagai pilihan coklat dan kek untuk anda pilih. Kek didatangkan dalam saiz sebesar 115 mm x 115 mm. Anda juga boleh memilih hiasan kek mengikut cita rasa penerima. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan lampu berkelip serta kad ucapan. Set ini bukan sahaja boleh diberikan kepada teman istimewa anda, malah ia juga sesuai diberikan kepada ibu dan guru sempena Hari ibu dan Hari guru.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Rakan, keluarga, guru
  • Variasi: A, B, C, D, E, F, Custom
  • Negara pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Percuma: lampu, Kad ucapan, reka bentuk kek
Harga mampu milik

Harga: RM16.99 – RM32.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5.  Woman Surprise Gift Box

Woman Surprise Gift Box
Kredit Gambar: Shopee

Kotak hadiah ini didatangkan dengan tema merah jambu yang merupakan hadiah ideal untuk wanita yang istimewa dalam hidup anda. Set ini dilengkapi dengan pelbagai item menarik seperti cawan, tuala, getah pengikat rambut, pen dan kotak gula-gula. Kotak hadiah ini dipasarkan dengan 2 versi pilihan kotak hadiah untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Wanita
  • Variasi: Set B01-B12
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Barang boleh ‘customizable’
Harga mampu milik

Harga: RM19.90 – RM45.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Surprise Box Tote Bag

Surprise Box Tote Bag
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari hadiah yang mesra alam? Anda boleh mempertimbangkan set hadiah ini! Set tote beg ini didatangkan dengan pembungkusan yang ringkas dan menarik sesuai untuk diberikan kepada rakan anda terutamanya jika dia seorang pelajar. Bukan itu sahaja, tote beg ini juga diperbuat daripada bahan kitar semula dan bebas toksik. ​​Ia juga dibuat dengan jahitan berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Graduasi, Ulang tahun
  • Variasi: Beg + tumbler air, beg + buku nota, set premium, set buku nota, 
  • Negara pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Beg tote uniseks boleh laras
Kad ucapan
Bahan berkualiti tinggi

Harga: RM25.90 – RM48.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Surprise Gift Box

Surprise Gift Box
Kredit Gambar: Shopee

Surprise Gift Box ini mempunyai 6 variasi untuk anda pilih. Selain itu, set ini didatangkan dengan pelbagai item seperti teddy bear lembut, pita rambut, set klip rambut, sejambak bunga, losyen tangan dan balm bibir. Set ini dipenuhi dengan pelbagai item comel yang menjadikannya sesuai untuk remaja perempuan. 

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Remaja perempuan
  • Variasi: Set A – F
  • Negara pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Kad ucapan
Harga mampu milik

Harga: RM19.00 – RM23.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Women Perfume Box Set

Women Perfume Box Set
Kredit Gambar: Shopee

Set kotak minyak wangi ini mempunyai 7 variasi untuk anda pilih. Ia mempunyai haruman yang lembut dengan bau buah-buahan dan bunga. Set minyak wangi ini sangat sesuai dijadikan hadiah untuk orang tersayang. Bukan sahaja reka bentuknya yang elegan malah wangiannya juga mampu bertahan lama. Set ini juga didatangkan dengan pelbagai item yang lain seperti Scrunchies, losyen tangan, rantai, boneka beruang, dan tuala.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk: Wanita
  • Variasi: Set 1-7
  • Negara pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Pelbagai jenis barangan
Kad ucapan

Harga: RM9.90 – RM39.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close