10 Snek Berperisa Coklat Terbaik Di Malaysia

Adakah anda kadang-kadang mengidamkan gula-gula? Adakah anda seorang yang suka akan coklat? Jika anda letih atau memerlukan tenaga, pilihlah snek berisi coklat. Manjakan diri anda dengan snek berperisa coklat sewaktu minum petang bersama keluarga atau rakan tersayang.

Sebenarnya, snek perisa coklat adalah antara snek yang paling mudah untuk ditemui di pasaran. Hal ini kerana perisa coklat adalah perisa yang paling asas dan digemari ramai selain daripada perisa vanila. Jika anda meminati snek coklat, maka anda berada di tempat yang betul. Dalam artikel ini, kami bawakan 10 snek berperisa coklat yang terbaik di Malaysia.

Di manakah saya boleh mendapatkan snek coklat?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek coklat di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek coklat, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek coklat seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek coklat?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek coklat ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek coklat yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Snek Berperisa Coklat Terbaik Di Malaysia

1. BISCOLATA MOOD SNACKS Biscuits with Chocolate Cream Filling

BISCOLATA MOOD SNACKS Biscuits with Chocolate Cream Filling
Kredit Gambar: Shopee

Snek coklat ini menjadi kegemaran ramai, terutama kanak-kanak kerana perisanya yang kaya dengan coklat dan berkrim. Anda boleh menikmati snek ini bersama rakan mahupuan keluarga di waktu santai. Snek ini juga mudah didapati di pasaran menjadikannya snek yang digemari ramai.

Bahan-bahan: Coklat, biskut, makanan ringan dan gula-gula.

Saiz: 115 g

Harga: RM5.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. OT Tango Waffle Crunch Stick (Flavour: Chocolate)

OT Tango Waffle Crunch Stick Flavour Chocolate
Kredit Gambar: Shopee

Snek lazat Tango Waffle menawarkan anda krim pekat dan wafel yang lebih rangup. Didatangkan dengan 2 perisa, iaitu CRANCHCHOX DAN CRANCHMILK yang sedap. Jadi anda boleh memilikinya mengikut cita rasa anda. Lebih tebal lebih memuaskan!

Bahan-bahan: Mengandungi Tepung Gandum, Serbuk Whey, Susu Tepung Skim, Serbuk Telur, Susu Penuh Krim, Krimer Bukan Tenusu (Hanya untuk Susu Cranch) dan Susu Serbuk Penuh Krim (Hanya untuk Susu Cranch).

Saiz: 8 g x 20keping

Harga: RM0.53 (setiap keping)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Chocolate Nutella FERRERO B-ready Wafer filled with Hazelnut Spread with Cocoa Box T6 132g Coklat

Chocolate Nutella FERRERO B ready Wafer filled with Hazelnut Spread with Cocoa Box T g Coklat
Kredit Gambar: Lazada

Rangup di luar. Berkrim di dalam. Cangkerang wafer rangup yang lazat diisi dengan Nutella® berkrim dan ditaburkan dengan kerepek gandum. Nutella® B-ready ialah cara paling mudah untuk menikmati rasa Nutella® yang unik dalam gabungan pelbagai tekstur!

Bahan-bahan: Hazelnut sapuan koko 81.5%(Gula, Sayuran Lemak(Pama), Hazelnut(13%), Susu Skim Tepung 8.7%, Serbuk Koko Kurang Lemak 7.4%, Pengemulsi; Lecithin (Soya), Perisa (Vanillin) , Flour Gandum , Ragi Baker, Ekstrak Malt Barli Serbuk , Garam, Tepung Susu Skim, Pengemulsi; Lesitin (Soya), Protein Gandum Pekat, Jumlah Kandungan Susu, 7%, Mengandungi, Pengemulsi sebagai perapi makanan yang dibenarkan dan bahan perasa yang dibenarkan.

Saiz: 132 g

Harga: RM11.97

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Meiji Hello Panda Fun Filled Biscuit Treats (chocolate)

Meiji Hello Panda Fun Filled Biscuit Treats chocolate
Kredit Gambar: shopee

Hidangan lazat yang penuh keseronokan. Hello panda ialah biskut berisi krim, rangup di luar dan lembut di dalam. Biskut dan campuran berkrimnya menggembirakan semua orang dalam keluarga. Sebaik sahaja anda menggigit biskut rangup ini, anda akan terjun ke dalam krim lembut yang menonjolkan rasa yang sangat harmoni.

Bahan-bahan: Tepung gandum, Gula, Pemendekan Sayuran, Jisim Koko, Tepung Susu Penuh, Ekstrak Malt, Perasa Semulajadi, Pengemulsi, Ejen Penaik, Ejen Rawatan Tepung, Garam Meja, Perisa & Perisa.

Saiz: 43 g

Harga: RM2.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Choki Choki Choco CASHEW (Chocolate / Chocomilk) (5’s x 10g)

Choki Choki Choco CASHEW Chocolate Chocomilk s x g
Kredit Gambar: lazada

Choki Choki diperbuat daripada kuih-muih Coklat yang lazat yang membuatkan anda gembira. Juga dengan Gajus terpilih, ia merupakan penghasilan tenaga dan sumber mineral. Jangan lupa ia mengandungi Susu untuk membina badan yang kuat dan merupakan sumber kalsium.

Bahan-bahan: Gula, Minyak Sayur-sayuran (Sawit yang mengandungi Antioksidan BHA), Serbuk Susu, Maltodekstrin, Serbuk Koko, Serbuk Whey, Kacang Gajus, Pengemulsi (Lesitin Soya E322), Garam, Vanillin, Perisa Coklat, Mengandungi Susu, Kacang Gajus & Soya.

Siaz: 10 g x 5

Harga: RM7.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Cookie Lava Mini Choco Ball

Cookie Lava Mini Choco Ball
Kredit Gambar: Shopee

Bebola popcorn ini wangi dan lazat. Ia cair di dalam mulut anda. Percayalah, anda akan terliur hanya dengan melihatnya! Coklat hitam yang wangi dipadankan dengan susu dan kulit luar yang kaya dan rangup. Rasanya sangat kaya dan lazat.

Bahan-bahan: Gula pasir putih, pengganti mentega koko, minyak sayuran ditapis, susu tepung, shortening, serbuk whey, serbuk koko, kanji, tepung gandum, serbuk biskut, bahan tambahan makanan.

Saiz: 400 g

Harga: RM14.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Lava Bites Center-Filled Cookies

Lava Bites Center Filled Cookies
Kredit Gambar: Shopee

Biskut rangup ini diisi coklat lava. Dibuat menggunakan 100% asal tunggal dan kualiti tertinggi biji koko Afrika Ghana. Biji koko mula-mula muncul di lembangan Amazon, dan tumbuh hanya dalam iklim lembap, hangat dan teduh. Ia terutamanya ditanam di Afrika, Asia dan Amerika Tengah dan Selatan. Banyak manfaat kesihatan yang disediakan oleh biji koko ini termasuklah penggalak tenaga untuk membantu anda melalui hari yang sibuk.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Krim Coklat [Gula, Minyak Sayur, Serbuk Koko, Lesitin Soya], Minyak Sayuran, Gula, Perisa Jagung, Telur, Mentega, Serbuk Susu, Serbuk Koko, Agen Penaik, Garam, Vanillin.

Saiz: 10 g x 5

Harga: RM1.99 (setiap keping)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Tim Tam Australia Assorted Flavours (Dark Chocolate)

Tim Tam Australia Assorted Flavours Dark Chocolate
Kredit Gambar: Arnott’s

Biskut Tim Tam adalah biskut coklat yang paling digemari di Australia. Dengan gabungan unik biskut, isi krim dan salutan coklat, ia adalah hidangan yang memanjakan. Anda pasti ingin kongsikannya dengan rakan dan keluarga untuk masa keriangan.

Bahan-bahan: Coklat Hitam (38%)(Gula, Jisim Koko, Pepejal Susu, Minyak Sayur, Mentega Koko, Pengemulsi (Lesitin Soya, E476), Perisa), Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayur (Mengandungi Soya), Sirap Emas, Koko Serbuk, Warna Makanan, (Caramel III), Garam, Serbuk Penaik, Pengemulsi (Lesitin Soya), dan Perisa.

Saiz: 200 g

Harga: RM16.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Gullon SUGAR FREE Dark Chocolate Digestive Biscuits 

Gullon SUGAR FREE Dark Chocolate Digestive Biscuits
Kredit Gambar: Shopee

Biskut separa manis ini disukai di seluruh dunia. Biskut Gullón Chocolate Digestive adalah 99.5% tanpa gula, dibuat dengan minyak bunga matahari tinggi oleik (lebih baik untuk kolesterol) dan penuh dengan serat.

Bahan-bahan:  Tepung Gandum Penuh, Coklat Gelap Tanpa Gula 24% [Jisim Koko, Pemanis (965), Mentega Koko, Serbuk Koko, Pengemulsi (322 (daripada soya)), Perisa Vanila], Minyak Sayur-sayuran (Minyak Bunga Matahari Oleik Tinggi 12%) , Serat Sayuran, Ejen Menaikkan (500, 503), Garam, Perisa.

Saiz: 270 g

Harga: RM12.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Orgran Sugar Free Cacao Cookies

Orgran Sugar Free Cacao Cookies
Kredit Gambar: Orgran

Snek bebas gula ini merupakan snek kegembiraan bagi ramai orang. Snek ini dibuat dengan soba makanan super yang terkenal, dan bijirin purba Chia yang sangat digemari ramai. Ia pasti membuatkan anda terliur. Tambahkannya ke dalam adunan hidangan biji koko yang banyak dan anda mendapat satu hidangan yang menggembirakan orang ramai!

Bahan-bahan: Kanji Jagung, Pemanis (Xylitol), Minyak Sayur Sawit, Jisim Koko (8.7%), Tepung Beras, Grits Soba (6.6%), Serbuk Koko (3.1%), Tepung Kacang Kuning, Biji Kakao (2.9%), Dextrin , Biji Chia (2.2%), Pati Kentang, Kanji Tapioka, Perisa (Vanila Asli), Agen penaik (Natrium Bikarbonat, Kalsium Karbonat, Asid Sitrik), Pengemulsi (Monogliserida Terbitan Sayuran), Penstabil (Guar Gum, Methylcellulose), Garam.

Saiz: 130 g

Harga: RM17.85

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close