10 Snek India Terbaik di Malaysia 2022

Di Malaysia, orang India merupakan salah satu daripada tiga kaum utama yang memiliki budaya unik dan mengagumkan. Salah satu budaya orang India yang paling popular ialah makanan. Makanan India memang sedap dan digemari ramai terutama makanan tradisional mereka seperti Roti Canai, Ayam Tandoori, Biryani, dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga mempunyai banyak makanan ringan yang menarik yang boleh dibeli di kedai runcit, gerai jalanan, dan pasar raya di Malaysia.

Di Malaysia, terdapat banyak makanan ringan India yang terkenal dengan rasa dan kualiti yang baik. Kaum Melayu dan Cina juga benar-benar menggemari makanan ringan India ini. Anda boleh melihat pelbagai jenis makanan ringan India di pasaran dan pembelinya bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang India. Memandangkan Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, masakan India dan kuih atau sneknya sering dimakan oleh kaum lain kerana itulah  masakan Malaysia. Jangan risau, kerana kami akan kongsikan 10 snek India terbaik di Malaysia 2022.

Bagaimanakah memilih snek India yang sesuai?

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk anda menghayati kesedapan dan kerangupan snek India. Memandangkan banyak pilihan yang berada di pasaran, anda perlu bijak memilih snek India kegemaran anda dengan membandingkan harga, perisa dan juga jenis snek tersebut.

  1. Harga
    Memandangkan banyak pilihan di pasaran, anda mesti tahu snek mana yang ingin anda beli. Namun begitu, tidak salah kalau anda membuat perbandingan harga, bukan? Cara ini bukan sahaja efisien malah menjimatkan wang anda.
  2. Perisa
    Seperti biasa, ramai yang menganggap snek ini kaya dengan rempah ratus dan juga herba. Ternyata anda silap. Terdapat juga snek yang menawarkan rasa manis madu dengan rasanya yang unik untuk anda cuba. Yang penting, anda tahu perisa apa yang anda mahu.
  3. Jenis
    Kebanyakan snek dijual dalam bentuk kerepek ataupun kuih yang berbentuk bulat. Bahkan anda juga kuih yang dicampur bersama kacang tanah dan kacang hijau bagi menonjolkan aroma herba yang wangi dan segar. Anda perlu tahu jenis snek yang anda inginkan, sama ada berbentuk kerepek, kuih bulat ataupun leper.

10 Snek India Terbaik di Malaysia 2022

1. Muruku

Muruku
Kredit Gambar: Shopee

Muruku ialah makanan ringan India yang ikonik. Ia sangat lazat serta memiliki bau dan rasa yang manis. Walaupun kadang kala tekstur Maruku ini keras, tetapi kerangupannya pasti menawan hati anda pada setiap kunyahan. Snek ini boleh dinikmati bersama keluarga semasa bersantai di rumah.

Bahan-bahan: Tepung, tepung beras, garam, mentega, tepung gram, jintan manis

Negara Pengeluar: India

Saiz: 250 g

Harga: RM12

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

2. Samosa

Samosa
Kredit Gambar: Freepik

Samosa merupakan makanan ringan India yang terkenal. Ia diibaratkan seperti pastri goreng yang akan membuat anda meleleh air liur kerana kandungannya adalah  termasuk kentang, rempah ratus dan herba yang menjadikan snek ini sungguh lazat. Apa kata anda cuba menikmati samosa pada hari ini?

Bahan-bahan: Maida, Kentang, Kacang, Bawang, Rempah-rempah, Cili hijau, Keju, Daging (Kambing, Daging Lembu atau Ayam)

Negara Pengeluar: India

Saiz: 10kpg in 1 peket, 400 g (20 kpg)

Harga: *RM6.50-RM7.80

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

3. Omapodi

Omapodi
Kredit Gambar: Shopee

Omapodi merupakan produk yang halal dimakan. Orang ramai menggunakan tepung gram bersama serbuk cili, garam dan biji ajwain untuk menghasilkan Omapodi. Ia sangat menarik dan kekal sebagai snek India yang terkenal. Bagi anda yang belum pernah mencubanya, apa kata anda mendapatkannya di pasaran dan mencubanya bersama keluarga?

Bahan-bahan: Tepung gram, tepung beras, mentega, minyak sayuran, garam, serbuk cili, rempah ratus, dsb.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200 g+/ pek/550 g

Harga: *RM5.88/ RM5-RM6.40

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

4. Muruku Ikan Pedas Manis

Muruku Ikan Pedas Manis
Kredit Gambar: Mum Mum Snacks

Muruku Ikan Pedas Manis juga merupakan produk halal dimakan oleh golongan Muslim. Ia merupakan salah satu makanan ringan India yang popular dan mendapat sambutan baik daripada orang Melayu dan Cina. Rasanya sungguh menakjubkan. Anda boleh menikmati snek ikan manis dan pedas yang lazat. Ia juga boleh menjadi pilihan snek yang boleh anda sediakan ketika rakan-rakan datang berkunjng ke rumah anda.

Bahan-bahan: Serbuk Yellow Dhall, Minyak Sayuran (Minyak Sawit /Olein), Sos Ikan (Ekstrak Ikan Bilis, Garam, Gula), Gula, Garam.

Negara Pengeluar : Malaysia

Saiz:500 g/1 kg 

Harga: RM8 (500 g), RM15.70 (1 kg)

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di lazada

5. Mathri

Mathri
Kredit Gambar: Desi Big Bazaar

Haldiram’s Mathri ialah sejenis biskut sedap yang digoreng rangup. Snek ini mempunyai rasa masam sangat kuat dan rasanya juga sangat lazat. Pada setiap gigitan, anda pasti tidak puas memakan biskut ini. Apa kata anda mencubanya hari ini?

Bahan-bahan: tepung gandum berperisa halia, limau, garam, lada hitam, serbuk cili merah dan cengkih

Negara Pengeluar: India

Saiz:150 g

Harga: RM5.25/RM5.34

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

6. Jalebi

Jalebi
Kredit Gambar: Freepik

Jalebi ialah makanan ringan India yang istimewa. Anda boleh memanggil Jalebi sebagai Jilapi atau zalebia. Bentuk snek ini seperti gula-gula segar berbentuk lingkaran serta berair pasti menggiurkan anda terutama apabila anda bersarapan dengannya. Untuk makluman anda, orang India biasanya memakan snek ini sewaktu bersarapan kerana inilah salh satu rutin harian mereka.

Bahan-bahan: Tepung, tepung jagung, dadih, secubit soda penaik, minyak sapi, minyak, gula, air, kunyit, esen mawar (titisan), serbuk buah pelaga hijau, warna makanan yang dibenarkan

Negara Pengeluar: India

Saiz:  10 kpg (RM15), 15 kpg (RM22.50), 29 kpg (RM30), 30 kpg (RM43)

Harga: RM15-RM43

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

7. Kuih Ros Madu

Kuih Ros Madu
Kredit Gambar: Shopee

Kuih Ros Madu merupakan makanan ringan India yang manis. Snek ini didatangkan dalam bekas yang besar di pasaran. Snek ini berbentuk bunga mengikut acuan bekasnya. Selain halal, ia juga rangup dan manis rasanya, tambah-tambah lagi dengan rasa madunya.

Bahan-bahan: Telur, gula, garam, santan, tepung beras, minyak masak

Negara Pengeluar: Europe

Saiz: 16/40 Kuih Ros Madu

Harga: RM4(16)-RM12(40)

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

8. Bombay mix

Bombay mix
Kredit Gambar: Shopee

Bombay Mix merupakan pelbagai snek terpilih seperti kacang tanah, kacang hijau dan juga mi tepung gram yang diletakkan dibungkus dalam bungkusan yang sama. Semua snek di dalamnya memberikan anda rasa pedas manis, dan juga rangup saat anda mengunyahnya. Ia juga boleh menjadi snek kegemaran anda sewaktu anda menonton televisyen bersama keluarga.

Bahan-bahan: kacang ayam, kacang polong kering, beras leper atau kembung, bawang goreng, lentil goreng dan kacang

Negara Pengeluar: India

Saiz: 200 g/500 g

Harga: RM6.3 (200g)-RM8.6 (500g)

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

9. HALDIRAM Boondi Indian Snacks

HALDIRAM Boondi Indian Snacks
Kredit Gambar: Shopee

Makanan Ringan India, iaitu Haldiram Boondi mempunyai tekstur yang rangup dan harganya berpatutan. Bentuknya yang bulat memudahkan anda untuk memakannya. Selain itu, snek ini boleh membuat anda ketagih dengan rasa dan kerangupannya. Snek ini sesuai dinikmati bersama rakan atau keluarga anda.

Bahan-bahan: Tepung Chickpeas Pulse, Minyak Sayur (Biji Kapas, Jagung & minyak Palmolein), Kanji, Garam, Serbuk Cili Merah, Serbuk Lada Hitam, Serbuk Mangga, Serbuk Jintan Manis, Serbuk Pelaga, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Ketumbar dan Pengatur Keasidan [Sitrik Serbuk Asid(E 330)].

Negara Pengeluar: India

Saiz: 150 g

Harga: RM5.00-RM5.50 

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

10. PALGOVA SUSU

PALGOVA SUSU
Kredit Gambar: Shopee

Palgova Susu merupakan satu lagi snek manis India yang segar dan lazat. Anda boleh merasai kemanisan sambil mendengar bunyi rangup kunyahan orang disekeliling anda yang memakannya. Selain itu, snek ini juga merupakan snek khusus buat mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian. Rasailah kesedapannya bersama keluarga anda.

Bahan-bahan: susu tepung, minyak sapi, gula. 100% tiada sebarang tepung ditambah

Negara Pengeluar: Malaysia

Harga: RM12-RM13.50

*Harga mungin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close