9 Troli Lipat Terbaik di Malaysia 2022

Troli merupakan alat yang digunakan untuk mengangkut barang dalam kuantiti yang banyak. Ia juga dilengkapi dengan roda bagi memudahkan pengguna untuk menolaknya. Alat ini lazimnya didatangkan dengan pelbagai jenis dan fungsi mengikut tujuan penggunaannya. Troli biasanya digunakan di hotel, kilang, atau pasar raya.

Troli lipat kini menjadi alternatif yang cukup praktikal terutamanya bagi mereka yang sering ke kedai, pasar atau pasar raya. Selain ia sangat praktikal untuk digunakan, ia juga didatangkan dengan reka bentuk boleh lipat yang memudahkannya dibawa atau disimpan di mana sahaja. Berikut adalah 9 troli lipat terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Apakah faedah penggunaan troli boleh lipat?

Terdapat beberapa faedah dalam penggunaan troli lipat. Antaranya, ia dapat memudahkan anda untuk membawa barangan dalam kuantiti yang banyak dan ia juga dapat menjaga alam sekitar dengan pengurangan penggunaan beg plastik sewaktu pembelian. Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu lagi menjinjing beg plastik selepas membuat pembelian. Secara tidak langsung, ia juga dapat mengurangkan keletihan.

Apakah ciri yang perlu ada pada troli lipat? 

Troli lipat perlulah kukuh, stabil dan mampu untuk menampung berat sekurang-kurangnya 10 kg. Di samping itu, troli lipat juga haruslah mempunyai berat tidak melebihi 3 kg supaya ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja. 

9 Troli Lipat Terbaik di Malaysia 2022

1. Heavy Duty Foldable Platform Trolley

Heavy Duty Foldable Platform Trolley
Kredit gambar: Lazada

Heavy Duty Foldable Platform Trolley ini diperbuat daripada besi berkualiti tinggi dan keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Selain itu, troli ini juga dilengkapi dengan permukaan PVC serta ciri anti-gelincir sekali gus memudahkan anda untuk mengendalikannya. Ia juga mampu menampung berat sehingga 150 kg. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Besi, Keluli, PVC 
  • Kapasiti Berat: Maksimum 150 kg
  • Negara Pengeluar: India
  • Saiz: 73 cm x 48 cm x 83 cm

Kelebihan:

Tahan lasak
Permukaan anti-gelincir
Mudah dikendalikan

Harga: RM89.90 – RM138.76

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. OKURA Multi-Functional Foldable Trolley

OKURA Multi Functional Foldable Trolley
Kredit gambar: Shopee

OKURA Multi-Functional Foldable Trolley didatangkan dengan reka bentuk yang ringan dan mudah alih serta mampu menampung berat sehingga 40 kg. Troli ini juga dilengkapi dengan tali elastik yang menjadikannya sesuai untuk digunakan ketika membawa barangan runcit atau berkhemah. Tambahan pula, ia juga mempunyai 3 tahap ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, PP
  • Warna: Hitam
  • Berat : 1.5 kg
  • Kapasiti Berat: 40 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 32 cm x 23 cm x 96 cm

Kelebihan:

Ringan
Cangkuk tali elastik
3 tahap pelarasan ketinggian

Harga: RM35.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. PRO-T Foldable Shopping Trolley

PRO T Foldable Shopping Trolley
Kredit gambar: Carousell

PRO-T Foldable Shopping Trolley merupakan antara troli yang digemari pengguna, ekoran reka bentuknya yang ringkas dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Troli ini juga mempunyai pemegang dan roda anti-gelincir yang memberikan anda cengkaman dan kawalan yang kukuh ketika menggunakannya. Selain itu, ia juga mampu menampung berat sehingga 15 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium, PP, PVC
  • Warna: Hitam
  • Berat : 3 kg
  • Kapasiti Berat: 15 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 38 cm x 32 cm x 59 cm

Kelebihan:

Pemegang boleh dilaraskan
Roda diperbuat daripada getah berkualiti tinggi

Harga: RM63.00 – RM89.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. GDeal Portable Foldable Trolley

GDeal Portable Foldable Trolley
Kredit gambar: Shopee

GDeal Portable Foldable Trolley dilengkapi dengan ruang penyimpanan yang diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi yang menjadikannya kalis air serta mampu menampung berat sehingga 30 kg. Selain itu, ia juga boleh dilipat bagi memudahkan penyimpanan di ruangan kecil. Troli ini didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Besi, Kapas
  • Warna: Biru, Merah, Biru Tua 
  • Berat: 2.1 kg 
  • Kapasiti Berat: 30 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Saiz: 36 cm x 10 cm x 89 cm

Kelebihan:

Kalis air
Tayar tanpa bunyi
Penutup tali serut

Harga: RM40.60 – RM95.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Orex Foldable Hand Trolley

Orex Foldable Hand Trolley
Kredit gambar: sk hardware

Orex Foldable Hand Trolley mampu menampung berat sehingga 180 kg sekali gus menjadikannya sesuai digunakan untuk membawa barangan dalam kuantiti yang banyak. Troli ini juga dilengkapi dengan pemegang boleh laras dan roda boleh dilipat bagi memudahkan penyimpanan di ruangan kecil. Selain itu, ia didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Hitam
  • Negara Pengeluar: Singapura
  • Kapasiti Berat: 180 kg
  • Saiz: 653 mm x 415 mm x 917 mm 

Kelebihan:

Pemegang boleh laras
Kukuh
Roda boleh dilipat

Harga: RM179.00 – RM187.42

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Mobi Portable Trolley

Mobi Portable Trolley
Kredit gambar: Lazada

Mobi Portable Trolley ini sesuai digunakan untuk membawa barangan runcit, peralatan perkhemahan dan barangan kebun. Troli ini dilengkapi dengan 4 roda bersaiz 10 inci yang membantu untuk memberikan kestabilan dan kekukuhan tambahan ketika anda menggunakannya. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk ergonomik sekali gus memudahkan proses pemasangannya. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC, Foam Board
  • Warna: Hitam, Putih, Coklat, Beige
  • Berat: 8.5 kg
  • Kapasiti Berat: 80 kg
  • Kapasiti: 100 L
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 75 cm x 47 cm x 25 cm

Kelebihan:

4 roda bersaiz 10 inci
Kukuh
Reka bentuk ergonomik

Harga: RM289.00 – RM389.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. MOUNTAINHIKER Camping Foldable Trolley

MOUNTAINHIKER Camping Foldable Trolley
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari troli lipat dengan kapasiti yang besar, MOUNTAINHIKER Camping Foldable Trolley ini sesuai untuk anda. Troli ini didatangkan dengan 2 saiz berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan kapasiti barangan anda. Ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, troli ini juga dilengkapi dengan 2 poket berjaring yang boleh anda gunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti kunci, telefon, dompet dan sebagainya.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC, Kain Oxford 600D, PE, Keluli
  • Warna: Khaki
  • Berat: 10 kg
  • Kapasiti Berat: 80 kg
  • Kapasiti: 95 L (Besar), 60 L (Kecil)
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 90 cm x 50 cm x 57 cm (Besar), 71 cm x 47 cm x 47.5 cm (Kecil) 

Kelebihan:

Kukuh
Kapasiti besar
2 poket berjaring

Harga: RM209.00 – RM249.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Xiaomi Maiwei 55L/35L Market Trolley

Xiaomi Maiwei L L Market Trolley
Kredit gambar: Xiaomi Global Community

Troli Pasar Xiaomi Maiwei 55 L/ 35 L ini mempunyai reka bentuk yang padat dan ringan serta boleh menjimatkan ruang di rumah atau di pejabat anda. Hal ini kerana ia didatangkan dengan ciri boleh dilipat. Troli ini juga diperbuat daripada ABS dan PP yang menjadikannya tahan lasak dan serap hentakan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pilihan 2 saiz untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP, Aluminium/ABS
  • Warna: Perak
  • Berat: 2.8 kg (Sederhana), 3.3 kg (Besar)
  • Kapasiti Berat: 25 kg (Sederhana), 35 kg (Besar)
  • Kapasiti: 35 L (Sederhana), 55 L (Besar)
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 40 cm x 33. 5 cm x 43/ 90 cm (Sederhana), 46 cm x 38 cm x 47/ 100 cm (Besar)

Kelebihan:

Padat
Roda tanpa bunyi
Menyerap hentakan

Harga: RM72.90 – RM93.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

9. Little Homes Fiz Plastic Folding Trolley

Little Homes Fiz Plastic Folding Trolley
Kredit gambar: Shopee

Little Homes Fiz Plastic Folding Trolley didatangkan dengan reka bentuk yang kukuh dan praktikal serta sesuai digunakan untuk pelbagai majlis. Troli lipat ini diperbuat daripada PP dan aluminium yang menjadikannya ringan, tahan lasak dan anti-karat. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pemegang yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP + Aluminium
  • Warna: Hitam
  • Kapasiti Berat: 35 kg
  • Saiz: 16.5 cm x 16 cm x 15 cm

Kelebihan:

Tahan karat
Pemegang boleh laras
Kukuh

Harga: RM95.00 – RM98.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close